Cina babi

Pertama sekali, jangan salah sangka dengan tajuk yang ditulis. Aku hanya ingin menasihat sesiapa sahaja yang men’cina babi kan orang Cina. Aku juga benci Cina serta aku juga benci Melayu dan India tapi bukan semua. Biasa la. Cina sama Cina pun benci kan? Benci kawan. Benci mak bapak, cikgu, mak cik kantin, tukang sapu, dll.😀 Sama juga Melayu sama Melayu dan India sama India. Tidak perlu aku sebutkan semua suku kaum orang asli dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Tidak kira siapa, bibit2 kebencian antara manusia itu tetap ada. Cuma bila bangsa lain membenci satu bangsa yang lain, itu adalah satu perkembangan yang tidak baik. Bertahun2 kita rakyat Malaysia hidup di naungi satu bumbung yang bernama langit Malaysia, adakah sanggup dihancurkan harapan ancestors kita dulu yang menyatukan kita semua? Itu silap. Amat silap.

Hari ini, bila rakyat sudah semakin ‘cerdik’, tidak kira Melayu, Cina atau India – masing2 cuba mendabik dada mengatakan yang bangsa aku lah yang paling bagus! Itu juga silap. Mengikut Islam, ketinggian darjat seseorang itu diukur melalui ketakwaan seseorang kepada Allah bukan dengan harta, pangkat, kedudukan serta kehebatan yang bersifat duniawi. Aku yakin agama Buddha dan Kristian juga ada mengajar penganutnya sebegitu. Cina bagus dalam berniaga. Itu dulu. Kini, ramai yang menipu. Melayu pula bagus dalam berpolitik. Itu juga dulu. Kini, Melayu yang sepatutnya dapat memperkasakan bangsa melalui politik kini semakin bodoh dengan aksi lompat melompat. Bengong la. India yang dulu bagus dalam perladangan dan pertanian. Kini? Apa tinggal?

Aku bukan hendak memperlekehkan mana2 bangsa. Cuma ingin menyedarkan kita supaya jangan terus terleka. Anak2 muda yang bakal menjadi pewaris bangsa memerlukan sesuatu yang ada ‘umph!’ untuk ditiru. Mereka tidak layak diperlakukan secara ‘zalim’ oleh generasi sebelum mereka yang macam bagus dengan membuat dan menyebarkan klip lucah 3gp, bergaduh soal isu perkauman dan agama, menerima tampuk kepimpinan politik yang sudah dipenuhi tahi dan najis kotor yang generasi kita palitkan dan hidup dengan rasa sangsi antara satu2 bangsa dengan bangsa lain yang ada di Malaysia bumi bertuah ini. Cina tidak babi. Yang babi adalah diri kita sendiri yang suka sangat membabikan oleh lain. Sila fikirkan secara gila babi.

3 comments
  1. bibahbingit said:

    Manusia namanya. Kalau tidak di jolok bagaimana boleh terkena sengat nya.

  2. montot said:

    Aku tengok lama lama muka babi tu kejap kejap keluar muka Najib Perempuan Monggolia a.k.a Najib PM !! hahahaha………!

  3. sylarius said:

    tak baik membabi-babikan orang nie.. Isyh3..
    Oh! Mengapakah ditakdirkan bangsaku menjadi sedemikian rupa? Jangan disalahkan ibu mengandung..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: