Skandal artis: Adakah kita prihatin?

Skandal artis – tajuk best bila berborak dan mengutuk ramai2. Nak pulak artis yang dikutuk itu adalah artis terlebih gedik (untuk perempuan) dan artis teramat poyo (untuk lelaki). Tidak cukup dengan skandal Ashraf Sinclair dan Deanna Yusuff bercium bocor menerusi internet, kita disajikan banyak lagi skandal – yang sekarang dan yang akan datang. Skandal Cham VE pula yang menerpa datang. Dah nama artis, biasa la peluk2 pompuan lain walaupun sudah berbini (atau berlaki).

Bukan nak mengutuk sangat pun. Lagipun aku kan Pembebel, bukan Pengutuk. Haha. Tapi, yang menjadi persoalan aku sekarang ni adalah: Adakah kita prihatin? Artis ni adalah ikon remaja. Pegi mana pun, apa yang artis buat budak2 kecik dan remaja akan ikut. Jika artis lelaki itu suka pakai rantai tengkuk macam anjing, para remaja kita pun sibuk nak jadi anjing Chihuahua. Kiut/ hebat la tu konon pakai rantai beruk macam tu? Poodah! Eh, ter’kutuk sudah.. Tak mengapa lah. Mari kita sambung..😀

Kalau artis perempuan bergaya di malam anugerah dengan pakaian mendedahkan bulu dada ala2 telanjang gitu, para remaja ndak jugak ikut. Dosanya akan naik atas kepala artis tersebut. Saham besar ni. Kalah Forex. Ahaha.

Aku soal lagi: Adakah kita prihatin?

Adakah kita prihatin dengan menasihati anak masing2 supaya tidak berkelakuan dan berpakaian seperti artis2 busuk itu? Kalau mak bapak sendiri sudah sedia ‘busuk’, alamatnya perangai anak2 akan jadi ‘busuk lagi membusukkan’. Pergi mana2 pun orang akan menyampah. Jadi, baiki lah diri sebelum menasihati anak2. Jangan jadikan anak2 ‘korban’ kebodohan diri sendiri.

Adakah kita prihatin dengan membuat bantahan kepada media arus perdana yang menyiarkan berita2, iklan2 dan cerita2 yang terdapat aksi ‘jijik’ yang digayakan oleh artis tempatan dan luar negara? Cukup lah dengan hidangan ‘aksi’ jijik pemimpin politik yang bermuka2 di kaca tv, hendak ditambah pula dengan perkara2 jijik lain.

Adakah kita prihatin?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: